Showing posts with label DESA MELUR. Show all posts
Showing posts with label DESA MELUR. Show all posts

Friday, February 11, 2011

APA NAK BAWA?


Apakah barang dapur yang boleh kita bawa, sekiranya rumah 'weekend' kita rosak peti aisnya, dan tak sempat nak baiki??? Rumah tu pulak jauh pulak dari kedai..Hari tu saya balik ke rumah di Desa Melur peti aisnya rosak...bahan yang saya bawa untuk masak ialah:



Breakfast: Nasi Lemak, Sambal Ikan Bilis

Beras, Cili kisar, bawang merah, santan kotak, ikan bilis, telur,garam dan timun
(Bahan ini boleh tahan tanpa peti ais.)

Lunch: Nasi + kari sardin + telur dadar + sayur campur + sambal belacan
Beras, sardin dalam tin, serbuk kari, rempah ratus,telur, carot, bunga kobis,cili, belacan,limau nipis.

Tea: Bubur sum sum
tepung beras, santan kotak,gula mera

Wednesday, December 15, 2010

DESA MELUR KU KESEPIAN.........





Pada hujung minggu yang lepas kami telah pergi ke rumah kami di Desa Melur. Sejak Arwah bapak meninggal kami jarang sekali pergi kesana. Dulu kami batalkan hasrat untuk pindah kerana arwah bapa selalu sakit. Saya seorang shaja anaknya yang tinggal. Abg telah lama kembali kerahmatullah semasa berumur 30 tahun.... Saya dan suami mengambil keputusan untuk tinggal di Teratak Merah sahaja...

Lihatlah gambar diatas, lalang yang kami racun 3 bulan lepas telah ditumbuhi dengan tumbuhan yang ada bunga purple. Sekali tengok macam cantik, dua kali tengok macam hutan..

Nasib baik dalam rumah masih menenangkan fikiran. Kekadang sayu jugak bila dah kemas keliling rumah, rumah itu ditinggalkan...tak tahu bila lagi akan dikunjungi.

Nasib baik ada ASTRO, kat sini takde internet, CELCOM broadband pun tak dapat mungkin banyak bukit kot...


Che wah... Kak Nur, Lunch nya kok udah siap ????













 
Luv,