Showing posts with label Kurikulum. Show all posts
Showing posts with label Kurikulum. Show all posts

Friday, April 2, 2010

LEGA......

Selepas cuti sekolah yg lalu 24 hingga 26 Mac saya terlibat dengan pemantapan kurikulum bersam BPK di Le Paris Hotel di Port Dickson. Balik saja ke sekolah, pulun pendaftaran SPM yang tutup secara online pada 31 Mac 2010. Nasib baik ada Faizah yang banyak membantu . TQ dik ...hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya.....Butang sent pendaftaran ditekan pada pukul 4.00 pagi setelah berpuas hati dengan semakan terakhir.....lepas tu pergi sekolah... Balik sekolah, tengok 2 line internet dah takde... nasib baik kerja dah selesai....LEGA . Hari ini line sambung balik rupa2 nya line talipon putus.....

Sunday, March 14, 2010

RESULT SPM 2010

Balik dari Seremban, the next day keluar result SPM. Berdebarnya nak tengok result. Memandangkan saya SU SPM saya lah yg tengok dulu. Bukak je tengok Ekonomi dulu...Alhamdulillah result naik 21% berbaloilah anakanda2 yang datang belajar kat rumah. Ada yang tak pernah dapat A pun dapat A. Yang tido kat rumah pun ada minggu terakhir peperiksaan. Namun ada juga yang gagal group GBS tu ada 2 orang yang gagal. Tu lah bonda dah kata...jangan kluar awal. Tak sempat nak doa lagi.....

Keputusan Bahasa Malayu naik labih kurang 10%. Maknanya result sekolah pun naik.Alhamdulillah.......

Result anak sendiri?..Alhamdulillah walaupun tak dapat straight As, Mama puas hati kerana usaha kakak. Mama rasa kakak can do better. Ialah... belajar kat asrama ni bukan depan mata mama.....Harap kakak dapat course yang kakak ingin kan...anyway congratulation jadi best student BB.

"Hidup ini ada turun naiknya. Oleh itu kita haruslah sentiasa berusaha"

Cutini kena siap kan pendaftaran SPM. Naik cuti boleh hantar....

Wednesday, March 10, 2010

Bersama BPK di ROYALE Bintang Hotel & spa

Baru sahaja selesai bermesyuarat di BPK. Sementara menunggu hubby and son, sempat pulak n3 . Seronok dapat jumpa kawan kawan lama yang sama sama membuat modul bersama BPK. Sumbangsaran kali ini harap mendapat kelulusan diperingkat atasan. Pendebatan kali ini bagus. Ini menunjukkan kepekaan setiap ahli dan dapat memberi pendapat masing masing. Semuanya tidak diterima bulat bulat. Setiap pendebatan mempunyai rasional mereka sendiri.Semalam pendebatan berlanjutan hingga 6.30 petang. Walaubagaimana pun akhirnya kata sepakat dapat ditemui. Mesyuarat adjourned at 12.30 . Modul akan disediakan pada 24-26 Mac di Le Paris Costa, Port Dickson. NS. No hard feelings....Thank You Datin for being so patient...
 
Luv,