Thursday, December 8, 2011

Handmade Best Made

Teratak Merah dah sarat dengan barang barang. Ada yang minat dengan wall hanging? contact saya di 0192767868.



Lamanya tak update blog. Sebenarnya cutini sebok saje..Nasib baik paper EA dah sudah. Selagi budak2 ni tak exam cikgunya yang tension. Ada juga soalan spot yang keluar... masin cakap cikgu...tapi sayangnya ramai tak hadir kelas tambahan ..rupa2nya ramai yang tak tau...



Apa saya buat sekarang memang tak menang tangan. Masa ni la nak siapkan jahitan yang ingin saya jahit. Tak cukup tangan maka tambahla kakitangan. Target saya cuti ini mesti dipenuhi dengan kerja 2 yang terbengkalai dan kreatif work yang berlegar legar dalam otak saya ni...








tengok gambar Yanti sedang tolong jahit comforterdari patchwork.




















Wednesday, May 4, 2011

CATH KIDSTON




Saya suka sangat beg keluaran Cath Kidston. Colornya sangat sweet.pink lagi.... Hari tu saya ada kirik dgn member yang pergi ke London. Besar jugak boleh buat overnite beg. Harganya 40 paun dan ada diskaun. Tapi yang kat atas ni saya beli daripada kenalan. Yang ini sebenarnya beg organizer. Mudah untuk orang yang suka tukar tukar beg. Dalamnya ada banyak compartment. kalau nak tukar beg angkat je dan masuk dalam beg lain. Harganya RM56.00 kalau minat boleh order kat Summeryliving



Ada banyak compartment untuk isi barang.

Sunday, May 1, 2011

MY LOVELY COTTONS

Dari dulu lagi saya suka collect kain cotton. Pada tahun 80'an di Mun Loong ada kain cotton yang cantik cantik .selalu ikut mak pergi situ. Sekitar pertengahan 90'an susah nak cari. Masa keluar ke U.S. , beg saya penuh kain cotton. American cotton kat sini mahal... Tapi masa saya pergi China baru baru ni macam nak pengsan tengok kain....banyaknye dan tak tertengok . Tempatnya besar macam Mid Valley. Dalam gambar ni adalah sebahagian koleksi yang saya suka. Kadang 1 meter pun saya beli....
Arrange it according to colors or patterns .




Friday, April 1, 2011

Loceng New York City

Nyaris nyaris terlepas flight gara gara loceng ini...

Tuesday, March 29, 2011

Enid Blyton's, Sweet Valley High, Mills and Boon, Silhoutte romance....



Saki Baki buku Mills and Boon yang tinggal....kenangan semasa remaja.


Salt and Pepper shaker

To some people its only salt and pepper shaker. To me its more than that...

Monday, March 7, 2011

GROUPING YOUR COLLECTIONS

Saya memang suka barang yang cute mute. Masa sekolah dulu saya paling suka barang yang ada gambar strawberry, herbs, butterfly.....cawan kat atas tu saya beli kat lovely lace. Ada juga yang saya jumpa kat tempat lain tapi lebih kurang rupanya seperti dibawah.

Kedua dua item ini saya susun bersebelahan di atas rak. Tips untuk susun barang koleksi anda supaya tak huru hara ialah dengan groupkan ikut tema.


GABUNGAN DUA ERA..

Tapi bila dah berumur, since 1995 saya mula suka collect anything with roses. Tapi masa tu sukar jugak nak beli barang with roses. Sekarang kat mana2 pun boleh dapat especially 'Romantika'. Jam tu, jam pertama with roses. Saya beli pada tahun 1995 melalui Avon.

Sunday, February 27, 2011

MEMORIES WITH MINIATURE TEAPOTS

TWO MINIATURE TEAPOTS FROM A COUNTRY SHOP

FLORIDA, USA

27TH Nov is the busiest shopping day, in USA. Its a Thanks Giving Day and about a month toward Christmas. Masa saya pergi US, ilah hari yang paling susah nak cari parking. Selalunya parking banyak. masa tu pulak suami tengah demam. Apalagi,...memang takde chance la nak shopping..tambahan pula masa tu dah plan nak pergi Universal studio. Masa Winter, tempoh shopping pendek sebab ada tempat, pukul 4 petang dah gelap. Tapi kat Florida ni boleh tahan sikit. Nak solat kena plan betul2. Takut terlepas. Sebelum keluar buat solat Jamak Awal zohor dan Asar (Ini utk yang on vacation..ada tempoh hari tertentu)


So my husband gave me 20 minutes to buy what I want unless he get the parking. 20 minutes???? oh no!!! the shortest shopping period ever...Window shopping pun tak sempat. Dekat mall ni ada banyak deretan kedai saya tak ingat nama mall ni. Tiba tiba saya terjumpa one country shop. Apalagi mesti ada barang yang saya suka..memang pun.. kedai tu aje cantik. Teringin nak ada kedai macam ni. So the miniature teapots caught my eyes..

Sunday, February 13, 2011

MEMORIES WITH TEASETS

Masa beli Teaset ni, pergi Langkawi dengan kawan kawan geng 40 carats...kami (4 org) nak gak duduk sebilik so sumbat lagi satu katil. macam macam pe'el . Among us bila nak beli brg mcm mcm reaction ada "eee...cantiknya!" ada pula "lantak hang la nak beli, beli' Ada pulak, "Dah la tu nanti nak balik, nak naik feri kan susah!!!! Maklumlah masing masing tak bawak suami..Tapi ada sorang tu siap bawak baju busuk suami..takut rindu kot ha!ha!
Sweet memory ...Now we have our own separate ways , nak jumpa pun susah.....
Jug ni sebenornya bukan teaset. . Saya beli kat FRC masa dulu kat FRC ada banyak platter yang cantik cantik. teaset yang cantik...



This is not my first teaset, but I bought it during our second trip to Pulau Langkawi. Luckily my husband also love collecting teaset and dinnerware


This set was given by a friend, masa house warming sekitar 2000. I like this set because the color is so sweet.. Its durable and can be used daily.










Friday, February 11, 2011

APA NAK BAWA?


Apakah barang dapur yang boleh kita bawa, sekiranya rumah 'weekend' kita rosak peti aisnya, dan tak sempat nak baiki??? Rumah tu pulak jauh pulak dari kedai..Hari tu saya balik ke rumah di Desa Melur peti aisnya rosak...bahan yang saya bawa untuk masak ialah:



Breakfast: Nasi Lemak, Sambal Ikan Bilis

Beras, Cili kisar, bawang merah, santan kotak, ikan bilis, telur,garam dan timun
(Bahan ini boleh tahan tanpa peti ais.)

Lunch: Nasi + kari sardin + telur dadar + sayur campur + sambal belacan
Beras, sardin dalam tin, serbuk kari, rempah ratus,telur, carot, bunga kobis,cili, belacan,limau nipis.

Tea: Bubur sum sum
tepung beras, santan kotak,gula mera

Saturday, January 29, 2011

LASAGNIA CITARASA MELAYU



Untuk memenuhi permintaan Sarah, resepinya ialah;
Bahan A
  • Tumis 1 biji besar Bawang merah + 4 ulas bawang putih + 1/2 inci halia yang telah dikisar sampai garing.
  • Masukkan 3 sudu cili boh sampai cili masak. Garam ikut rasa
  • Campurkan 1 tin cendawan butang dan 1 peket minced meat
  • Masukkan sebotol besar sos spagetti Preego (mushroom atau original).

Bahan B

Sos putih;

  • Panaskan 1 inci butter , masukkan 1/2 cwn tepung gandum gaul cepat2, masukkan 1 liter susu full cream.
  • Campur 1 sudu kecil serbuk lada hitam dan 1/2 cawan shredded cheese. Tunggu sampai pekat dan bila gelegak aje, terus tutup api.(tunggu takut melimpah keluar periuk).

Bahan C

Lasagnia sheet boleh beli di supermarket. Walaupun instant, kena rebus juga. Bila dah rebus selang seli dengan bahan A dan B.

Bahan D (Tabur diatas sekali)

  • 250gm Mozarella shredded cheese .lagi banyak lagi best.
  • 100gm Parmesan cheese. (Tabur dulu sebelum Mozarella)

Arahan: ratakan bahan A dalam casserole, selang dengan bahn C, tuang sos putih(bahan B), selang dengan bahan C, letak bahan A, letak bahan B atas sekali tabur Parmesan cheese atas sekali Mozarella cheese


Sorry, tak biasa tulis resipi...hope you can understand it.




Wednesday, January 19, 2011

MISSION ACCOMPLISHED WIT H LASAGNIA

Sape le yang manja ni....
Setelah berhempas pulas dan tak tido malam akhirnya misi kami tercapai jugak...

dan berakhir dengan lasagnia... bangun 5 pagi tadi buat lasagnia ..overcooked ckit..



 
Luv,