Pada hujung minggu yang lepas kami telah pergi ke rumah kami di Desa Melur. Sejak Arwah bapak meninggal kami jarang sekali pergi kesana. Dulu kami batalkan hasrat untuk pindah kerana arwah bapa selalu sakit. Saya seorang shaja anaknya yang tinggal. Abg telah lama kembali kerahmatullah semasa berumur 30 tahun.... Saya dan suami mengambil keputusan untuk tinggal di Teratak Merah sahaja...
Lihatlah gambar diatas, lalang yang kami racun 3 bulan lepas telah ditumbuhi dengan tumbuhan yang ada bunga purple. Sekali tengok macam cantik, dua kali tengok macam hutan..
Nasib baik dalam rumah masih menenangkan fikiran. Kekadang sayu jugak bila dah kemas keliling rumah, rumah itu ditinggalkan...tak tahu bila lagi akan dikunjungi.
Nasib baik dalam rumah masih menenangkan fikiran. Kekadang sayu jugak bila dah kemas keliling rumah, rumah itu ditinggalkan...tak tahu bila lagi akan dikunjungi.
Nasib baik ada ASTRO, kat sini takde internet, CELCOM broadband pun tak dapat mungkin banyak bukit kot...
Che wah... Kak Nur, Lunch nya kok udah siap ????