Wednesday, December 15, 2010

AL FATIHAH...

Pada pukul 10.30 malam tadi kami menerima panggilan daripada keluarga Pak Lang Md Shah yang menyatakan Pak Lang sudah tiada lagi.. Al Fatihah ..semoga rohnya dicucuri rahmat. Arwah Pak Lang adalah kawan baik arwah bapak yang telah meninggal dunia pada 30 Ogos 2008. Arwah telah saya kenali sejak kecil lagi dan saya merasakan keluarga ini adalah seperti keluarga saya sendiri.

Hari ini saya terpaksa membatalkan kelas tambahan Ekonomi untuk bersama sama keluarga Arwah dan menghormati pemergian Arwah Pak Lang. Segala urusan telah selesai lebih kurang pada pukul 12.30 tengahari tadi.

Buat anak anak murid EA yang mungkin tahu kewujudan blog ini, saya minta maaf kerana tidak dapat membuat kelas EA. Insyaallah esok saya akan buat sampai petang.
 
Luv,